Sejarah Perkhidmatan Brewster_Buffalo

9 buah pesawat awal dihantarkan untuk berkhidmat dengan skuadron VF-3 di atas kapal USS Saratoga (CV-3). Baki 44 buah pesawat dijual kepada Finland. Walaupun jelas sekali prestasi pesawat ini tidak setanding dengan pesaing-pesaingnya, United kingdom, Belgium dan Belanda membuat pesanan beratus-ratus buah pesawat ini untuk kegunaan mereka.Model F2A-2 adalah versi ditambah baik menggunakan enjin yang lebih kuat dan kipas yang lebih baik. Ini diikuti dengan model F2A-3 dengan beberapa peningkatan. Tetapi peningkatan ini menambahkan berat kosong pesawat ini dan menyebabkan masalah kepada gear pendaratan pesawat, khususnya apabila berkhidmat di atas kapal.

Berkaitan